Subaru WRX 2022 - enjin boxer 2.4 liter turbo, 271 hp, 350 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Mitsubishi masih lagi belum bangkit dari tidur Evolution yang cukup panjang (buat masa ini), bekas rakan pesaingnya dalam WRC Subaru kini tampil generasi baharu Subaru WRX untuk model tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan atas platform Subaru Global, generasi baharu Subaru WRX 2022 ini membawakan beberapa ciri seperti unit lampu LED yang tajam, skup hud yang lebih lebar, spoiler belakang mengikut warna badan, serta lampu belakang yang diinspirasikan daripada aliran magma gunung berapi.
 

WRX


Tidak seperti model terdahulu, Subaru WRX 2022 ini menampilkan gaya seakan sebuah crossover menerusi pemasangan cladding plastik pada arka roda, di mana ia telah direka dengan berhati-hati bagi mengurangkan kadar rintangan angin.

Menurut Subaru, struktur badan baharu WRX ini dikatakan mempunyai titik graviti yang rendah, 28 peratus lebih kekakuan kilasan, serta poin cagak suspensi yang lebih kuat 75 peratus berbanding model terdahulu. Tidak ketinggalan, sistem stereng elektrik pinan berkembar serba baharu yang menawarkan respons stereng yang lebih asli.
 

WRX


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Subaru WRX 2022 dikuasakan oleh enjin boxer 2.4 liter turbo yang mampu menjana 271 hp dan daya kilas 350 Nm, bermakna ia hanya mendapat penambahan 3 hp berbanding model terdahulu yang dilengkapi enjin 2.0 liter turbo.

Tiada sebarang angka prestasi didedahkan pada ketika ini, namun Subaru WRX masih lagi mengekalkan ciri tradisi pacuan semua roda Symmetrical All Wheel Drive yang dipadankan dengan Active Torque Vectoring, serta pilihan transmisi manual enam kelajuan atau CVT.

Namun, model yang dilengkapi kotak gear CVT dikatakan mampu menawarkan penukaran 'gear' 30 peratus lebih pantas, dan 50 peratus lebih pantas ketika penurunan gear.
 

WRX


Turut dimuatkan buat kali pertama pada model WRX (menerusi model WRX GT) adalah sistem suspensi adaptif kawalan elektronik yang menawarkan pemilihan mod pemanduan seperti Comfort, Normal dan juga Sport.

WRX GT juga turut mendapat kelengkapan istimewa seperti rim bersaiz 18 inci, tempat duduk Recaro dengan balutan bahan Ultrasuede serta jahitan kontras merah.

Pakej keselamatan Subaru EyeSight ditawarkan secara standard untuk kesemua varian, melainkan model asas dengan transmisi manual.
 

WRX


Ruang kabin pula menampilkan penggunaan skrin tengah besar bersaiz 11.6 inci Starlink, namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tombol kawalan fizikal seperti kawalan volume dan juga suhu kabin, sebelum disudahi dengan roda stereng bawah rata dan trim pedal aluminium yang mengingatkan bahawa anda sedang membawa model Subaru berprestasi tinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada informasi dan maklumat tidak tepat yang didapati pada buku manual (siapa baca…
Informasi
Kenapa sedan ini mempunyai elemen crossover? Kenapa fender flare Subaru WRX ini tidak dicat…
Berita Global
Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX…