Subaru tanpa enjin Boxer akan mula dijual menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Barisan kenderaan Subaru pada ketika ini masih lagi dikuasakan oleh nadi Boxer yang sememangnya ikonik dengan jenama tersebut.

Malah, Subaru juga turut menawarkan trenkuasa hibrid yang masih mengekalkan penggunaan enjin Boxer seperti Subaru Crosstrek Hybrid (US) dan Forester e-Boxer (Eropah). 

Namun, mampukah anda bayangkan suatu hari nanti Subaru bakal kehilangan identiti enjin Boxer tersebut? 

Menurut laporan daripada Reuters, Subaru merancang pembangunan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid kira-kira 10 tahun dari sekarang (2030), di mana ia akan merangkumi 40 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, terima kasih kepada kerjasama bersama Toyota pada ketika ini.

 


Walaupun kehilangan elemen enjin Boxer, Subaru masih mengekalkan elemen sistem pacuan semua roda simetrik (symmetrical all-wheel drive) pada kenderaan elektrik mereka. 

Subaru turut menerbitkan lakaran kasar kereta elektrik pertama mereka yang akan mula dijual pada pertengahan tahun 2030. 

"Walaupun ketika ini kami menggunakan teknologi dari Toyota, kami tetap mahu menghasilkan kenderaan yang sinonim dengan Subaru," menurut Tetsuo Onuki, Ketua Pegawai Teknologi Subaru. 

"Ia tidaklah berkisar tentang misi pengurangan CO2 semata-mata, malah ia turut merangkumi penambahbaikan terhadap keselamatan kenderaan dan prestasi kenderaan pacuan semua roda kami.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai sebahagian daripada kempen Peace of Mind Subaru, para pelanggan boleh memilih untuk…
Berita Global
Enjin yang sama menduduki perut Forester itu mampu menjana kuasa sehingga 182 hp dan daya kilas 239…
Berita Domestik
  Sebagai langkah berjaga-jaga, para pelanggan juga masih mempunyai pilihan untuk melakukan pandu…