Dalam perkembangan terbaharu, syarikat Jepun itu akan menghentikan sementara produksi di kesemua tiga kilangnya di Negara Matahari Terbit itu (fasiliti Gunma, Yajima dan Oizumi) selama empat hari bekerja bermula 7 September ini.
Fasiliti Gunma dan Yajima merupakan lokasi utama pemasangan barisan model kenderaan Subaru, sementara kilang Oizumi pula digunakan untuk membina transmisi dan juga enjin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Subaru masih lagi belum dapat menentukan impak kewangan kesan daripada penutupan kilang ini.

Rakan teknikalnya, Toyota turut sama terjejas di mana mereka akan mengurangkan output global sebanyak 40 peratus, dengan menghentikan sementara operasi 15 kilang produksi di Jepun pada bulan ini.
Sebelum ini, Toyota masih mampu untuk meneruskan operasi produksi disebabkan pengeluar itu mengambil langkah menyimpan stok bekalan cip sehingga enam bulan - mengambil iktibar daripada tragedi nuklear Fukushima pada tahun 2011.