Subaru Solterra EV 2023 - kembar Toyota bZ4X, guna platform e-SGP

oleh Mohamad Hanif|
Kolaborasi antara Toyota dan Subaru tidak terhenti setakat model kereta sports pacuan roda belakang GR 86/BRZ, akan tetapi diteruskan untuk pembangunan model sifar emisi yang bakal dijual bermula tahun depan.

Memperkenalkan, Subaru Solterra 2023.
 

Solterra


Rupa parasnya sememangnya mengingatkan kita kepada model EV Toyota bZ4X yang diperlihatkan tempoh hari, di mana kedua-dua model ini dibangunkan menggunakan pelantar yang sama - e-Subaru Global Platform.

Ini bermakna, ia masih lagi mengekalkan kepakaran Subaru di dalam pemanduan semua roda (AWD) akan tetapi ditambah dengan pengetahuan Toyota di dalam trenkuasa elektrik.
 

Solterra


SUV segmen C ini membawakan rupa paras yang agresif, dimulakan dengan unit lampu utama yang slim, rekaan gril yang 'kosong' tipikal sebuah EV, pemasangan cladding pada arka roda, serta unit lampu belakang yang tajam - mengingatkan kita pada model Subaru Levorg.

Rekaan ruang kabin juga membawakan persamaan dengan model konsep Toyota bZ4X, di mana papan pemuka dihiasi dengan skrin tengah yang cukup besar, skrin kluster digital, serta rekaan roda stereng yang konvensional.
 

Solterra


Setakat ini, tiada sebarang informasi berkenaan unit trenkuasa yang bakal dimuatkan pada model Solterra EV, namun dalam laporan terdahulu Toyota telah mengesahkan versi produksi bZ4X bakal hadir dengan tetapan motor elektrik berkembar serta sistem pacuan semua roda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota telah pun memperlihatkan rekaan sebenar crossover bZ4X, namun Subaru masih lagi setia…
Berita Global
Lebih dikenali sebagai Subaru Evoltis sebelum ini, Subaru Solterra juga dibangunkan atas platform e…