Subaru rasmi sertai Toyota Group

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar yang sinonim dengan enjin boxer dan sistem pacuan S-AWD, Subaru Corp secara rasminya menyertai kumpulan Toyota setelah syarikat Toyota meningkatkan pegangannya di dalam Subaru dari 16.8 peratus kepada 20 peratus.

Pengumuman tersebut telah pun dibuat pada September tahun lalu dan laporan daripada Nippon.com mengesahkannya secara rasmi baru-baru ini. 

Subaru dalam satu kenyataan menyifatkan langkah tersebut akan mengukuhkan lagi ikatan perniagaan antara kedua-dua belah pihak selain menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang mereka. 

Apatah lagi sebelum ini Subaru turut mengumumkan perancangan untuk mencapai 40 peratus daripada jumlah jualan global terdiri daripada kenderaan elektrik atau hibrid, dan semestinya Subaru memerlukan bantuan daripada pakar (Toyota) untuk mencapai matlamat tersebut.

 

adakah WRX bakal menjelma jadi EV?

Berdasarkan laporan, selain daripada model generasi baharu 86/BRZ, Toyota dan Subaru turut merancang untuk menghasilkan model crossover dan platform khusus untuk kenderaan elektrik bagi segmen kenderaan saiz pertengahan dan besar (segmen C dan D).

Namun, adakah ini bermakna identiti Subaru akan terjejas?

Menurut Presiden Subaru Tomomi Nakamura menjelaskan, Subaru akan tetap mengekalkan identiti dan nilai utama yang mendefinisikan sebuah Subaru seperti sistem pacuan semua roda S-AWD, pemanduan untuk semua keadaan, serta ciri keselamatan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perjanjian bernilai ¥70 bilion (RM2.73 billion) antara kedua-dua syarikat Jepun itu bakal…