Subaru peroleh 0.3 peratus saham Toyota, tumpu pembangunan teknologi EV, swapandu

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Subaru Corp. dilaporkan telah memperoleh 0.3 peratus pegangan di dalam Toyota Motor Corp.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perjanjian bernilai ¥70 bilion (RM2.73 billion) antara kedua-dua syarikat Jepun itu bakal menyaksikan kerjasama bagi membangunkan teknologi baharu bagi kenderaan autonomi dan kereta elektrik (EV).

Februari tahun lalu, Toyota telah meningkatkan pegangannya di dalam syarikat Subaru kepada 20 peratus daripada 16.8%, sekaligus menjadikan Subaru salah sebuah syarikat di bawah naungan Toyota.

Kerjasama antara kedua-dua gergasi automotif Jepun itu bukanlah satu cerita baharu, di mana ia dimulakan pada tahun 2005 menerusi pembangunan kereta sports pacuan roda belakang GT86/BRZ yang dilancarkan pada tahun 2012.

Malah, pada tahun lalu Subaru dan Toyota telah bersetuju untuk membentuk kerjasama membangunkan sebuah SUV berkuasa elektrik untuk pasaran Amerika Syarikat yang dibangunkan daripada platform Toyota e-TNGA.

Sumber: The Japan Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumuman tersebut telah pun dibuat pada September tahun lalu dan laporan daripada Nippon.com…