Subaru perlihat jentera BRZ Super GT300

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran rasmi Subaru BRZ di peringkat global pada November lalu, Subaru kini memperkenalkan sebuah varian baharu yang bakal digunakan dalam perlumbaan Super GT di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bakal berentap di dalam kelas Super GT300, jentera BRZ kini tampil dengan rekaan luaran yang sememangnya agresif, dengan kit badan super lebar, bumper baharu, hud berliang, splitter hadapan, sirip dan juga unit lampu utama berwarna kuning.

 


Selain daripada lampu belakang yang sama dengan versi jalanan BRZ, keseluruhan bahagian itu menampilkan sayap belakang yang cukup besar, dibantu dengan diffuser jenis bertingkat.

Untuk memastikan berat berada dalam tahap yang dibenarkan, Subaru menggunakan tingkap yang lebih ringan, rim BBS lightweight dan panel badan daripada gentian karbon.

 


Subaru BRZ versi jalanan dijana dengan enjin flat-four 2.4 liter aspirasi natural yang menghasilkan 228 kuasa kuda, namun untuk jentera lumba GT300 ini tiada sebarang informasi didedahkan buat masa ini.