Subaru perkenal varian STI Performance untuk Forester - harga RM135k

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd telah melancarkan varian terkini Subaru Forester yang dinamakan sebagai Subaru Forester 2.0 STI Performance.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Varian STI Performance kini menampilkan reka bentuk luaran yang lebih sporty dan garang, lebih versatil dan lebih selesa.


Berbanding dengan model yang ada di pasaran, varian STI hadir dengan reka bentuk yang lebih berani, dimulakan daripada bahagian hadapan dengan aksesori STI seperti spoiler bawah depan dan belakang, tower bar yang fleksibel, gril hadapan, panel pemijak di ruang kargo, alas brek dan penapis udara.

Manakala bahagian dalaman pula terdapat beberapa penambahan seperti kerusi balutan kulit, karpet, tombol gear balutan kulit dari STI serta sill plate sisi.
 


Subaru Forester 2.0 STI Performance masih mengekalkan nadi enjin bentangan boxer FB20 2.0 liter yang menghasilkan kuasa setinggi 150 PS serta daya kilas maksimum 198 Nm yang menjanjikan pengedaran kuasa dan prestasi yang memadai untuk kesemua jenis pemanduan menerusi pacuan semua roda simetrik (S-AWD).

Ciri keselamatan yang sedia ada turut dikekalkan seperti kawalan menurun bukit (HDC), ciri X-MODE, kawalan dinamik kenderaan (VDC), serta tujuh buah beg udara terbina dalam.

Varian terbaharu Subaru Forester 2.0 STI Performance ini dijual pada harga RM135,288 di atas jalan tanpa insurans.
 


Sebagai maklumat tambahan, Subaru bakal mengadakan acara hujung minggu Subaru Showroom Weekender Event bertempat di ruang pameran Subaru pada 22-23 September untuk memberikan peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman pemanduan yang mengujakan di dalam Subaru Forester 2.0 STI Performance ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.subaru.asia/my atau dengan melawati pusat pameran Subaru yang berhampiran.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Subaru XV 2.0i-P menampilkan ciri eksklusif iaitu tempat duduk balutan Leather Suede Deluxe…
Pelancaran
Model yang diimport sepenuhnya dari kilang pemasangan Subaru di Thailand itu ditawarkan dalam tiga…
Model Terbaharu
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan berjenama Subaru di Malaysia baharu sahaja melancarkan…