Subaru perkenal Skim Perlindungan Harga sehingga 18 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kepada perubahan yang bakal berlaku terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta pengembalian semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), TC Subaru Sdn Bhd kini mengumumkan skim perlindungan harga khas bagi memberikan jaminan kepada pelanggan sekiranya berlaku perubahan harga ke atas tempahan kenderaan Subaru.

Bermula dari sekarang sehingga 18 Ogos 2018, kesemua kenderaan yang belum berdaftar serta tempahan baharu kenderaan Subaru bakal diberikan perlindungan harga. 
 

Sekiranya berlaku kenaikan harga sebelum pendaftaran mana-mana kenderaan yang sudah ditempah, pihak TC Subaru akan mengguna pakai harga asal yang lebih rendah. 

Sekiranya berlaku penurunan harga, pelanggan yang telah mendaftar akan menerima baucer servis yang bernilai tertakluk kepada perbezaan harga sebelum ini dengan nilai maksimum mencecah RM3,000. 

Sebagai contoh, jika harga kenderaan terbabit berkurangan sebanyak RM1,000 selepas perubahan sistem cukai, perbezaan harga sebelum dan selepas itu mestilah ditukar kepada baucer servis penyelenggaraan bernilai RM1,000. 

Skim perlindungan harga ini hanya sah sehingga 18 Ogos 2018.
 

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Subaru di pautan di bawah atau dengan mengunjungi mana-mana pusat pameran Subaru yang berhampiran. 

www.subaru.asia/my/en/contact-us/

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran Getaway melengkapkan barisan EV Subaru selepas kemunculan Solterra yang dikemas kini,…
Berita Global
Ya, tanpa enjin pembakaran dalaman, tanpa klac sebenar yang mengawal pembakaran, namun masih dengan…
Berita Domestik
Sentuhan Estetik dan Aerodinamik STI     Penampilan luaran Impreza STI Performance Edition…