Subaru Outback 2023 - kemaskini rupa paras, teknologi lebih canggih

oleh Mohamad Hanif|
Model crossover wagon Subaru Outback telah diberikan kemaskini untuk model tahun 2023 dengan membawakan rupa paras yang telah diperbaharui, serta sistem bantuan pemandu yang dipertingkatkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perubahan kecil boleh dilihat menerusi rekaan muka depan di mana ia kini menampilkan penambahan cladding plastik pada bahagian bawah unit lampu baharu, diikuti dengan lampu kabus serba baharu dan rekaan gril yang lebih besar.
 

Oubtakc


Selain daripada itu, Subaru Outback 2023 turut mendapat naiktaraf sistem bantuan keselamatan, di mana versi paling tinggi Touring dilengkapi dengan kamera tunggal sudut lebar sebagai tambahan kepada sistem kamera berkembar EyeSight sedia ada, bertujuan untuk meningkatkan tahap sensitiviti terhadap pejalan kaki dan juga penunggang basikal.

Selain itu, Outback turut mendapat sistem stereng kecemasan automatik yang akan menggunakan kombinasi ciri pengesanan titik buta, bantuan penukaran lorong, EyeSight dan brek kecemasan automatik untuk mengelakkan sebarang pelanggaran di bawah kelajuan 80 km/j.
 

Outback


Sistem infotainmen Starlink 11.6 inci turut dinaiktaraf kepada versi terkini dengan ciri teknologi geolokasi "What Three Words" yang membolehkan Outback menandakan sesuatu lokasi dengan tepat dengan hanya menggunakan tiga patah perkataan sahaja.

Untuk versi tertinggi Outback, Subaru telah menambah balutan kulit Nappa hitam dengan jahitan kontras tan, diikuti dengan cermin pandang belakang digital dengan fungsi auto-kelam dan kompas.
 

Outback


Dari segi penawaran enjin, Outback 2023 masih lagi dilengkapi dengan nadi boxer 2.5 liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan 182 hp dan 239 Nm, atau versi turbo dengan kuasa 260 hp dan 376 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model standard, Levorg Layback 2024 telah diberikan elemen rekaan crossover termasuklah…
Berita Global
Model crossover wagon ini seperti biasa, disasarkan kepada golongan pelanggan yang 'benci SUV',…
Pelancaran
Dikategorikan sebagai cross utility vehicle (CUV), Porsche Taycan Cross Turismo membawakan bentuk…