Subaru Off-road Challenges - Apa yang Subaru anda mampu lakukan?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bulan lalu, Subaru Malaysia telah menganjurkan program  'Subaru Off-road Experiential Drive' terbuka kepada para pelanggan Subaru selama dua hari. 

Pihak Media juga turut diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman off-road bertempat di Most Fun Gym, Sungai Penchala.

Laluan yang diberikan terdiri daripada beberapa cabaran seperti:

  • Rutted & Steep Climb 
  • Slanted slope & steep climb
  • Sharp uphill turn
  • Rocky Turn
  • Rutted Track
  • Sharp Turn & slanted
  • Steep climb
  • Steep downhill

 


Dua buah model Subaru disediakan, iaitu Subaru XV dan Subaru Forester bagi memberikan pendedahan kepada para pelanggan Subaru bagaimana Core-Technologies yang didatangkan dalam kenderaan ini mampu beraksi dengan cemerlang di dalam laluan yang disediakan. 

Core-Technologies yang dimaksudkan ialah sistem pacuan semua roda simetrikal S-AWD, enjin Boxer serta platform Subaru Global yang menjadi asas kepada semua model Subaru ketika ini. 

Laluan yang diberikan sebenarnya cukup mencabar terutama bagi mereka yang tidak pernah membawa SUV mereka ke laluan off-road.

Mujur juga pemandu terlatih Subaru sedia untuk menerangkan serba sedikit apa yang perlu dilakukan, terutama pengekalan momentum di laluan mendaki dan berbatu. 
 


Terima kasih kepada sistem S-AWD yang dilengkapkan serta Kawalan Cengkaman dan Sistem Bantuan Mula Mendaki, kedua-dua SUV memberikan radius pusingan yang mudah untuk dikawal ketika kami menghampiri selekoh mendaki yang sangat tajam. 

Mengakhiri cabaran off-road buatan tersebut ialah laluan menurun yang sangat curam, dan di sini kemampuan ciri Kawalan Menurun Bukit diperlihatkan di mana pemandu tidak perlu untuk menekan pedal brek. 

Sistem HDC yang didatangkan mengawal kelajuan SUV menurun bukit dengan sendirinya dan pemandu hanya perlu menumpukan perhatian kepada kawalan stereng sahaja. 
 


Berdasarkan pengalaman pemanduan Subaru Forester dan Subaru XV di jalan raya biasa dan juga laluan off-road, tidak syak lagi apa yang Subaru cuba tawarkan sememangnya meletakkan jenama tersebut berbeza daripada pesaingnya di pasaran. 

Malah, tidak keterlaluan untuk kami katakan, bahawa apa yang keluar daripada barisan pemasangan Subaru ini sebenarnya adalah jentera ralli yang berselindung di sebalik kulit SUV keluarga dan crossover. 

 


Anda boleh baca ulasan pandu uji jentera Forester dan XV pada pautan di bawah:

Pandu Uji Subaru Forester 2019 di Taiwan

Pandu Uji Subaru XV

Subaru XV - Pemenang Entry Level SUV of The Year 2018