Subaru milik pemandu arah Richard Burns untuk dibida, baru guna 2253 km sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Subaru hari ini sudah tidak seperti dahulu. Sebelum ini jenama Subaru bermain di bibir peminat automotif dan rali sehinggalah XV dilancarkan.

Subaru pada hari ini semakin diterima ramai dan ia sesuatu yang baik di dalam perniagaan yang begitu kompetitf sekarang.

Di celah populariti yang dinikmati sekarang, model ikonik seperti Impreza tidak dilupakan dan pengguna masih boleh membelinya di bilik pameran rasmi.

Imej Impreza sentiasa tinggi dan boleh dilihat pada harga unit terpakai. Sekali-sekala keluar berita tentang unit yang dijaga rapi dibuka untuk dijual.

Ini ada dua buah unit yang dibuka untuk jualan oleh Silverstone Auctions pada 9 November depan di Birmingham, United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit pertama ialah Subaru Impreza RB320 2007 yang dimiliki oleh atlet rali terkenal Robert Reid. Beliau adalah pemandu pandu arah Richard Burn dan mereka berdua adalah pemenang rali dunia 2001.

Pasangan tersebut berganding bahu selama 12 tahun dan merupakan naib juara pada musim 1999 dan 2000.

Kereta ini sudah bertukar tangan dan walaupun berusia jarak perbatuan hanya 2253 km sahaja.

Satu lagi keistimewaan ialah pembeli baharu bakal menerima spoiler tambahan yang mempunyai tandatangan legenda permotoran seperti Carlos Sainz, Malcolm Wilson, Petter Solberg, Ove Anderson, Hannu Mikkola, Colin McRae dan Robert Reid.

Dengan keunikan tersebut dan unit yang dibina bagi meraikan kejayaan kejuaraan dunia, ia dianggarkan berharga GBP£30,000 (RM158,839) hingga GBP£35,000 (RM185,313).

 

2017 Subaru WRX STI Final Edition

 

Unit kedua yang mahu dijual bukan dari koleksi klasik tetapi edisi terhad WRX STI Final Edition tahun 2017.

Keistimewaannya terletak pada jumlah keluaran sebanyak 150 unit sahaja untuk pasaran UK.

Keistimewaan kedua ialah jarak pada perbatuan yang begitu singkat iaitu hanya 177 km sahaja sejak mula dimiliki. Unit ini juga masih berada di dalam tempoh waranti lima tahun.

Harga bidaan unit ini dianggarkan dari GBP£20,000 (RM105,893) hingga GBP£25,000 (RM132,366).

Jika kena gaya, pembelian kereta bukan merugikan malah boleh menjadi pelaburan menguntungkan dengan syarat ianya mesti unit rare.

Penulis: Muhammad Md Tajudin