Subaru Marche Bag – diperbuat daripada fabrik beg udara, harga RM91

oleh Mohamad Hanif|
Apa yang boleh dibuat dengan bahan fabrik berlebihan yang diperoleh daripada kilang pengeluaran beg udara?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Subaru menerusi kerjasama dengan Toyoda Gosei tampil dengan idea unik, di mana mereka telah menghasilkan sebuah beg yang tahan lasak diperbuat daripada bahan tersebut.

“Subaru x Re-S Upcycled Marche Bag” yang dihasilkan oleh Toyoda Gosei itu boleh digunakan sebagai beg membeli belah, dan mempunyai ciri ketahanan kepada kepanasan dan kalis air.
 

Subaur


Ia mempunyai dimensi sekitar 550 mm x 340 mm x 120 mm dan boleh dilipat dan disimpan di dalam poket dengan mudah.

Rekaan beg tersebut boleh diserikan dengan jalur berwarna biru atau merah/merah jambu, serta bahan pembalik cahaya yang menjadikannya lebih selamat digunakan pada waktu malam.

Beg ‘beg udara’ Subaru ini boleh didapati di kedai dalam talian Subaru Online Shop pada harga bermula dari ¥2,750 (RM91.04).

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…