Subaru atau nama lamanya, Fuji Heavy Industries berkata ia hanya akan menumpukan fokus kepada industri automotif dan akan berhenti menghasilkan produk-produk industrial yang lain.
Subaru sebenarnya menghasilkan enjin-enjin generator kecil, pam berenjin dan juga enjin-enjin untuk sektor pembinaan dan pertanian.
Malah Subaru juga akan menghentikan projek-projek penghasilan enjin untuk kenderaan dari jenama lain.
Namun begitu, ia akan tetap memastikan waranti dan perkhidmatan selepas jualan bagi produk industrialnya dilakukan menerusi anak syarikatnya, Industrial Products Co. Ltd.
Subaru juga dikatakan sedang sibuk untuk mengubah-suai kilangnya di Lafayette, Indianapolis, USA sebagai persedian untuk membina SUV lapan tempat duduk baharu mereka, Ascent.