Subaru Levorg STI Black Selection - hanya untuk pasaran Jepun sahaja (dari RM134k)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda, selain daripada menghasilkan crossover/SUV yang sangat sedap untuk dipandu di jalan raya Malaysia, Subaru juga sebenarnya turut menghasilkan kereta-kereta keluarga seperti sedan dan juga wagon yang hanya didapati di pasaran luar negara. 

Salah sebuah model tersebut ialah Levorg yang kini sudah pun menerima kemas kini pertengahan kitaran di Jepun, Levorg STI Sport Black Selection. 
 


Secara standard, Subaru mendatangkan rim bersaiz 18 inci dengan kemasan lakuer hitam yang dibaluti dengan tayar 225/45, manakala cermin sisi pula dilayangkan warna hitam dan dilengkapi dengan lampu kecil. 

Memasuki ruang dalaman pula, tempat duduk standard telah diubah dengan kerusi Recaro yang datang dengan lapan tetapan berkuasa elektrik, dibaluti dengan upholsteri kulit dan Alcantara. 

Manakala peralatan lain seperti roda stereng, panel pintu, dan tombol gear didatangkan dengan kemasan jahitan berwarna biru, dan tidak dilupakan kemasan gentian karbon di papan pemuka. 
 


Untuk pilihan kuasa, Subaru menawarkan dua buah enjin turbo yang hadir dengan output kuasa yang berbeza, 170 kuasa kuda dan 296 kuasa kuda, kedua-duanya digandingkan dengan transmisi Lineartronic CVT yang memacu keempat-empat roda secara simetrikal.

Harga jualan pula bermula dari ¥3,546,000 (RM133,854) dan ia hanya dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja.