Subaru Levorg Prototype STI Sport - wagon pantas dari Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan Subaru mendedahkan model Levorg Prototype, pengeluar yang sinonim dengan enjin boxer itu kini mendedahkan sebuah lagi model - kali ini merupakan versi yang lebih sporty iaitu Levorg Prototype STI Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bakal muncul di acara Tokyo Auto Salon pada bulan hadapan, Levorg Prototype STI Sport ini mempunyai beberapa ciri yang mampu menarik perhatian mereka yang gilakan wagon seperti kid badan yang lebih agresif, lencana STI dan set rim yang unik. 

Apa yang diketahui adalah Levorg baharu ini bakal menggunakan pelantar Subaru Global Platform yang dikongsi bersama model-model seperti Ascent, Impreza dan XV. 

Dari segi aspek kuasa, model varian asas akan menerima penggunaan enjin 1.8 liter boxer dengan bantuan turbo manakala versi STI Sport pula akan hadir dengan enjin turbo 2.0 liter boxer empat silinder yang mampu menghasilkan 296 kuasa kuda. 

Manakala versi penuh STI pula dijangka bakal disenaraikan dalam masa terdekat. 

Seperti model Subaru yang lain, Levorg generasi baharu juga akan turut dilengkapkan dengan jaringan teknologi keselamatan pemanduan termasuklah ciri EyeSight yang merangkumi kamera baharu, serta empat unit radar di hadapan dan belakang. 

Menurut sumber, Subaru bakal melancarkan Levorg generasi baharu pada setengah tahun kedua 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menghampiri akhir kitaran tipikal sesebuah model, Subaru nampaknya sudah pun bersedia untuk…