Subaru Levorg menang anugerah Car of The Year Jepun 2020-2021

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu wagon Subaru Levorg telah berjaya merangkul anugerah Car of The Year 2020-2021 di Jepun, baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini merupakan kali ketiga jenama enam bintang Jepun berjaya memperoleh anugerah tersebut, setelah kali terakhir dicapai pada tahun 2016 menerusi model Impreza Sport.

Subaru Levorg dibangunkan berdasarkan falsafah Grand Touring yang membenarkan pemandu dan penumpang untuk meneroka perjalanan yang lebih jauh dengan lebih selamat, selesa dan meriangkan.

Ia menggandingkan praktikaliti yang ada pada sebuah wagon, pemanduan yang sporti serta keselamatan yang termaju.

Sehingga 6 Disember 2020, Subaru telah mencatatkan tempahan sebanyak 12,594 unit untuk model Levorg, jauh mengatasi sasaran awal jualan berjumlah 2,200 unit sebulan.

 


Di pasaran Jepun, ia mendapat enjin boxer 1.8 liter turbo empat silinder yang mampu menjana 174 kuasa kuda (@5,200-5,600 rpm) serta daya kilas 300 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 1,600-3,600 rpm.

Sistem transmisi pula adalah jenis Lineartronic CVT yang dibangunkan serba baharu, di mana ia terdiri daripada 80 peratus komponen baharu menurut Subaru.

Kotak gear ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda AWD secara standard, di mana Subaru Levorg mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 7.3 liter untuk setiap 100 km (data kitaran WLTP).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas pelancaran model Levorg STI Sport pada awal tahun yang lalu, Subaru dijangka akan…
Berita Global
  Model ini dilengkapi komponen berprestasi STI dan ditala khas untuk mempertingkatkan kestabilan…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…