Subaru Levorg 2.0GT V-Sport - wagon pantas untuk pasaran Jepun sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sebelum ini terdapat beberapa berita yang berkaitan dengan generasi baharu wagon Levorg, nampaknya Subaru masih mahu memfokuskan kepada produk sedia ada dengan penawaran yang lebih bernilai kepada para pelanggannya.

Khusus buat pasaran Jepun, Subaru kini memperkemaskan model wagon tersebut dengan memperkenalkan model edisi khas yang dikenali dengan nama Levorg 2.0GT EyeSight V-Sport

 


Menggunakan asas daripada varian 2.0GT EyeSight, Subaru Levorg 2.0GT EyeSight V-Sport didatangkan dengan enjin Boxer 2.0 liter turbo yang menjana 296 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas yang memacu sistem Symmetrical AWD. 

Ciri keselamatan EyeSight juga turut dipertingkat dengan EyeSight Safety Plus yang merangkumi ciri seperti bantuan suluhan lampu tinggi serta sistem pengesan kehadiran kenderaan belakang. 
 


Secara asasnya, varian 2.0GT EyeSight di Jepun menerima komponen berprestasi tinggi seperti penyerap hentak Bilstein, cakera brek berliang, serta set tayar bersaiz 225/45 R18. 

Apa yang membezakan antara V-Sport ini dengan model yang lain adalah penawaran rim aluminium hitam bersaiz 18 inci, pelindung cermin sisi, serta emblem Levorg dan Symmetrical AWD di bahagian belakang. 
 


Untuk bahagian kabin pula, Levorg edisi khas ini menerima tempat duduk sport yang dibaluti upholsteri fabrik, stereng balutan kulit dengan jahitan kontras perak, serta trim krom dan hitam piano pada sesetengah bahagian. 

Harga jualan di Jepun untuk wagon pantas ini bermula dari ¥3,150,000 (kira-kira RM120 ribu). 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun ia sekadar perubahan yang minima dari segi luaran, namun Subaru telah mendatangkan banyak…