Subaru Levorg 2022 hadir dengan ciri beg udara pejalan kaki

oleh Mohamad Hanif|
Wagon generasi kedua Subaru Levorg telah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran Jepun pada tahun lalu, dan sehingga kini ia masih lagi belum ditawarkan di mana-mana pasaran di luar Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu ciri menarik yang ada pada wagon ini sebenarnya bukanlah reka bentuknya yang tajam, akan tetapi ciri keselamatan beg udara luar yang dipasang pada bahagian bawah tiang A.

Menurut Subaru, pemasangan beg udara luaran ini bertujuan untuk melindungi pejalan kaki di dalam insiden yang tidak diingini.

Ketika sistem mengesan pelanggaran terjadi antara kereta dan pejalan kaki, ia akan segera meletuskan beg udara luaran ini bagi mengurangkan risiko kecederaan.

 

Levorg 2021


Namun tambah Subaru lagi, beg udara pejalan kaki ini tidak akan terletus sekiranya impak yang dikenakan agak lemah atau bergantung kepada kelajuan kenderaan itu sendiri.

Subaru bukanlah pengeluar pertama yang hadir dengan ciri keselamatan ini, memandangkan pada tahun 2012 Volvo V40 dilancarkan dengan ciri keselamatan beg udara luaran yang serupa.

Sistem yang terdapat pada Volvo V40 itu akan mengaktifkan beg udara dalam julat kelajuan 20-50 km/j serta suhu persekitaran -20 darjah hingga 70 darjah Celcius.

Baca: Spesifikasi Subaru Levorg 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas pelancaran model Levorg STI Sport pada awal tahun yang lalu, Subaru dijangka akan…
Berita Global
  Model ini dilengkapi komponen berprestasi STI dan ditala khas untuk mempertingkatkan kestabilan…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…