Subaru lancar Impreza Black Accent sempena ulang tahun yang ke-30 Impreza

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, model Impreza sebenarnya sudah pun berusia 30 tahun di Jepun sejak pengenalan generasi pertama yang dibuat pada tahun 1992.

Untuk meraikan pencapaian tersebut, Subaru Jepun telah pun melancarkan Impreza edisi khas yang digelar sebagai Black Accent.

Boleh didapati dalam kedua-dua bentuk badan sedan dan hatchback, Impreza Black Accent ini hanya ditawarkan dengan enjin flat-four 1.6 liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan 113 hp dan 148 Nm.
 

Impreza


Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda depan atau pacuan semua roda menerusi transmisi Lineatronic CVT sahaja.

Versi ulang tahun yang ke-30 ini menampilkan trim hitam (bertepatan dengan nama Black Accent) yang boleh didapati pada gril, cermin sisi, spoiler belakang, antena sirip jerung, serta rim aluminium 17 inci dengan kemasan dark metallic.
 

Black Accent


Kemasan hitam yang serupa boleh didapati pada ruang kabin, disusuli dengan jahitan kontras perak, dan juga aksen piano black. Kelengkapan keselamatan EyeSight Safety Plus kini didatangkan dengan lebih ciri ADAS.

Subaru Impreza 1.6iS EyeSight Black Accent dijual pada harga bermula dari ¥2,189,000 (RM80,963) di Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu daripadanya melibatkan model-model Subaru Crosstrek (2018-2019), Subaru Crosstrek Hybrid (2019…
Berita Global
Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 314 unit…
Berita Global
Di UK, sebuah lagi iklan penjualan jentera Subaru Impreza 22B STi telah pun muncul dengan harga…