Subaru Impreza ST Style Edition dan ST-H Style Edition - edisi istimewa Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Subaru Impreza ST-H Style Edition 2025
Subaru Impreza ST-H Style Edition 2025
Subaru Impreza yang dipertingkat diperkenal di Jepun pada 10 Julai 2025. Perubahan tidak melibatkan rekaan baharu kecuali warna dan edisi istimewa.

Warna baharu yang terang dan unik untuk Subaru iaitu Citron Yellow Pearl ditawarkan kepada pengguna. Subaru turut menyemak semula ciri-ciri keselamatan.

Sistem Pengelakan Kecemasan Pra-Pelanggaran, Pengesanan Kenderaan Belakang (sistem sokongan amaran sisi belakang) dan Bantuan Pengekalan Lorong Kecemasan kini standard pada semua varian.

Selain itu, hubungan di antara Sistem Tindak Balas Pemandu Tidak Normal dan Sistem Pemantauan Pemandu telah dipertingkatkan.

Jika pemandu terus mengalihkan pandangan atau tertidur di stereng untuk tempoh masa yang lama, sistem akan menentukan bahawa terdapat kelainan pada pemandu dan Sistem Tindak Balas Kelainan Pemandu akan diaktifkan.

Di samping itu, satu fungsi diguna pakai untuk memberi amaran lanjut kepada pemandu melalui penurunan kelajuan secara bebas (coasting) dan getaran dengan brek berkala.

Masa kelipan lampu kecemasan (hazard lamp) apabila Sistem Tindak Balas Kelainan Pemandu diaktifkan akan diawalkan supaya selari dengan permulaan kawalan nyahpecutan, bagi memberitahu kenderaan sekeliling bahawa pemandu dalam keadaan tidak normal pada peringkat awal.
Subaru Impreza ST-H AWD 2025
Subaru Impreza ST-H AWD

 

Edisi Istimewa ST Style Edition dan ST-H Style Edition

Subaru turut memperkenalkan edisi khas baharu, iaitu ST Style Edition dan ST-H Style Edition. 

Kedua-dua edisi ini adalah berdasarkan model sedia ada ST dan ST-H. 

Bahagian dalaman dan luaran berkonsepkan warna hitam, dengan riasan merah terang pada balutan kerusi dan jahitan stereng dan membangkitkan pengalaman pemanduan sporti.

Perbezaan ketara di antara dua edisi ini ialah ST Style Edition digerakkan enjin 2.0 liter naturally-aspirated manakala ST-H Style edition menggunakan enjin 2.0 liter hibrid (e-BOXER).

Ciri-ciri Utama ST Style Edition:

  • Lampu penuh LED tinggi dan rendah
  • Pedal sport dengan pad aluminium (pemecut, brek, tempat letak kaki)
  • Kerusi pemandu dengan larasan berkuasa 10 arah dan kerusi penumpang berkuasa 8 arah
  • Stereng dan kerusi hadapan dengan fungsi pemanas
  • Roda aluminium 17 inci metalik gelap
  • Balutan kerusi jersi/trikot warna hitam dan merah dengan jahitan perak dan merah
  • Tombol gear balutan kulit asli (gunmetallic) dan sarung tuil dengan jahitan merah
  • Riasan papan pemuka (gunmetallic gaya karbon)
  • Bumbung dan tiang hitam

Ciri-ciri Utama ST-H Style Edition:

 

Subaru Impreza ST-H Style Edition
Subaru Impreza ST-H Style Edition

 

  • Roda aluminium 17 inci (metalik gelap)
  • Balutan kerusi jersi/trikot warna hitam dan merah dengan jahitan perak dan merah
  • Tombol gear balutan kulit asli (gunmetallic) dan sarung tuil dengan jahitan merah
  • Riasan papan pemuka (gunmetallic gaya karbon)
  • Bumbung dan tiang hitam

Rangkaian Kuasa dan Transmisi

 

Subaru Impreza ST-H AWD 2025
Subaru Impreza ST-H AWD

 

Impreza yang dipertingkat ini didatangkan dengan beberapa pilihan enjin.

Varian ST, Edisi Khas ST Smart Edition, Edisi Khas ST Black Selection, Edisi Khas ST Style Edition dan ST-G dilengkapi enjin 2.0 liter naturally-aspirated.

Enjin ini menghasilkan kuasa 154 ps dan 193Nm.

Nadi hibrid e-BOXER yang menggabungkan enjin 2.0 bersama motor. menggerakkan ST-H dan Edisi Khas ST-H Style Edition. Nadi ini menghasilkan 145 ps dan 188Nm. 

Semua varian dipadankan dengan transmisi Lineartronic dan pelanggan boleh memilih pacuan roda hadapan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD).

 

Subaru Impreza ST-H
Subaru Impreza ST-H

 

Senarai Harga Subaru Impreza 2025 Jepun

ST

  • FWD: 2,744,500 Yen (RM78,416)
  • AWD: 3,014,000 Yen (RM86,052)

Edisi Khas ST Smart Edition

  • FWD: 2,953,500 Yen (RM84,324)
  • AWD: 3,168,000 Yen (RM90,466)

Edisi Khas ST Black Selection

  • FWD: 3,068,000 Yen (RM87,605)
  • AWD: 3,272,500 Yen (RM93,428)

Edisi Khas ST Style Edition

  • FWD: 3,096,500 Yen (RM88,419)
  • AWD: 3,311,000 Yen (RM94,547)

ST-G

  • FWD: 2,959,000 Yen (RM84,479)
  • AWD: 3,179,000 Yen (RM90,780)

ST-H (e-Boxer)

  • FWD: 3,157,000 Yen (RM90,147)
  • AWD ☆: 3,371,500 Yen (RM96,251)

Edisi Khas ST-H Style Edition (e-Boxer)

  • FWD: 3,300,000 Yen (RM94,228)
  • AWD: 3,514,500 Yen (RM100,344)

Penulis: Muhammad Md Tajudin