Impreza dengan kit badan yang digelar Casa Blanca itu didatangkan dengan gaya retro bersama lampu berbentuk bulat, jeriji dan beberapa komponen krom, sememangnya muka retro itu nampak sangat tidak sepadan dengan gaya badan Impreza.

Walaupun rupanya yang boleh dikatakan pelik dan buruk, Subaru telah menghasilkan lebih 5,000 unit Impreza Casa Blanca khusus untuk pasaran Jepun.
Tujuan Subaru menghasilkan kit badan tersebut untuk meningkatkan minat baharu terhadap kereta dengan gaya retro pada waktu tersebut, boleh dikatakan Casa Blanca merupakan Impreza dengan kit badan paling buruk pernah dihasilkan.

Sumber: topspeed