Subaru Impreza 22B STi untuk dijual - bermula dari RM540 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Kami jangka artikel ini akan membuatkan lebih ramai menarik nafas kesemputan kerana harga yang bakal ditawarkan bakal menyesakkan dada para peminat sejati Subaru.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan pembacaan ringkas, sebuah laman web yang menjual kereta sports dan klasik premium 4 Star Classics telah menaikkan sebuah iklan penjualan Subaru Impreza 22B STi di UK. 
 


Sedikit sejarah ringkas berkenaan coupe dua pintu ini, di mana Subaru menghasilkan versi WRX STi dikenali sebagai 22B STi antara bulan Mac sehingga Ogos tahun 1988 sebagai memperingati ulang tahun ke-40 Subaru.

Selain itu, ia juga turut dihasilkan sebagai meraikan gelaran tahun ketiga berturut-turut Subaru di dalam acara perlumbaan FIA World Rally Championship. 

Hanya 400 unit 22B Sti sahaja yang dihasilkan dalam tempoh tersebut dan unit yang dipaparkan ini adalah unit bernombor 196 dengan jarak perbatuan hanyalah sekitar 41,287 kilometer!
 


Jentera 22B STi hadir dengan enjin bentangan Boxer EJ22G di mana sesaran asal dipertingkatkan daripada 1,994 cc kepada 2,212 cc (2.2 liter), dengan ukuran bore dipertingkatkan kepada 96.9 mm. 

Dengan bantuan suntikan bahan api elektronik dan turbo IHI RHF 5HB, ini membolehkan 22B STi mampu menghamburkan kuasa sekitar 276 kuasa kuda dan 363 Nm daya kilas mengikut perjanjian lelaki sejati yang dibuat antara para pengeluar Jepun pada ketika itu. 

Hakikatnya, jentera pantas seberat 1,270 kilogram ini sememangnya mampu mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang dari tiga saat sahaja!
 


Tahukah anda, aksara 22 pada 22B itu sebenarnya merujuk kepada sesaran enjin 2.2 liter manakala B pula merujuk kepada kod dalaman Subaru yang membawa maksud Turbo. 

Selain daripada itu, 22B juga sebenarnya merupakan angka heksadesimal kepada nombor 555, sebagai merujuk kepada State Express 555 yang menjadi penaja utama Subaru dalam WRC dari tahun 1993 sehingga tahun 2004. 
 


Sistem suspensi pula dibekalkan oleh Bilstein manakala sistem pemberhentian pula diserahkan kepada angkup STi empat omboh hadapan dan dua omboh di belakang. 

Bagi anda yang berminat, pihak 4 Star Classics membuka harga jualan bermula dari £99,995 (RM539,731) dan anda bakal membawa pulang sebuah jentera yang sememangnya ikonik dengan sejarah sukan rali Subaru itu sendiri. 

Sumber: 4 Star Classics

Berita Berkenaan

Berita Global
Teaser terbaharu 'P25' yang didedahkan oleh Prodrive ini memperlihatkan garis badan sebuah Subaru…
Berita Global
Versi yang paling 'hardcore' sudah pasti Impreza dua pintu 22B STi dengan harga yang tidak murah,…
Berita Global
Contoh yang paling terkini adalah Subaru Impreza 22B yang kini mencapai nilai setinggi $312,555 (…