Subaru Impreza 22B STi 1998 untuk dijual - RM1.58 juta der!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lalu, kami pernah menaikkan artikel sebuah Subaru Impreza 22B STI untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat, dan harga yang dicadangkan pula sememangnya melebihi harga semasa ia mula-mula dijual - iaitu RM540 ribu.

Di UK, sebuah lagi iklan penjualan jentera Subaru Impreza 22B STi telah pun muncul dengan harga yang bakal mencekik leher anda - sekitar £295,000 atau RM1.58 juta!
 


Iklan yang muncul di laman Appreciating Classics di Norfolk ini menyenaraikan sebuah Subaru Impreza 22B STi  tahun 1998 original kilang tanpa sebarang modifikasi. 

Malah, alas lantai, cat biru masih kekal macam asal, serta plastik pembalut tempat duduk belakang juga masih belum dibuka!
 


Jentera biru Impreza 22B STi ini diimport dari Jepun pada tahun 1998, dan smenjak daripada itu, ia telah pun dipandu hanya beberapa kali sebelum ia disimpan di dalam garaj. 

Namun, pemilik asal tetap memastikan ia kekal menjalani servis berkala bagi memastikan Subaru Impreza 22B STi ini mampu beroperasi dengan lancar. 
 


Menurut iklan Appreciating Classics, disebabkan jarak perbatuan yang amat rendah (436 km sahaja!), kondisi luar dan dalaman diklasifikasikan sebagai hampir sempurna (near-perfect) tanpa menunjukkan sebarang tanda lusuh. 

Dari kilang, Subaru Impreza 22B STi didatangkan dengan nadi boxer empat silinder 2.2 liter turbo yang mampu menjana 276 kuasa kuda dan 363 Nm daya kilas. 

Bagi mereka yang ingin mencuba nasib, boleh terus ke laman web Appreciating Classics dengan wang yang secukupnya. 

Sumber: Appreciating Classics 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Teaser terbaharu 'P25' yang didedahkan oleh Prodrive ini memperlihatkan garis badan sebuah Subaru…
Berita Global
Versi yang paling 'hardcore' sudah pasti Impreza dua pintu 22B STi dengan harga yang tidak murah,…
Berita Global
Contoh yang paling terkini adalah Subaru Impreza 22B yang kini mencapai nilai setinggi $312,555 (…