Subaru Impreza 2020 facelift - kekal hensem, lebih ciri keselamatan!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Jepun, giliran pasaran Amerika Syarikat pula menerima model facelift sedan dan hatchback Subaru Impreza 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun ia sekadar perubahan yang minima dari segi luaran, namun Subaru telah mendatangkan banyak kemaskini di sebalik rupa Impreza yang hensem itu. 

Dimulakan di bahagian hadapan, perubahan kecil dibuat pada bahagian bumper diikuti dengan gril hadapan yang telah dimodifikasi supaya Impreza tampak lebih malar segar selari dengan peredaran masa. 

Manakala model hatchback pula menerima kemas kini kepada lampu belakang. 

 


Ciri keselamatan standard baharu yang dibawakan pada model Impreza 2020 termasuklah sistem kekunci pusat yang mampu menyahkunci sekiranya mengesan impak pelanggaran terhadap kenderaan. 

Selain itu, terdapat juga sistem peringatan tempat duduk belakang yang akan memberikan amaran kepada pemandu untuk memeriksa baris belakang sekiranya terdapat kanak-kanak atau haiwan peliharaan. 

 


Ciri EyeSight juga kini adalah standard untuk kesemua varian yang merangkumi komponen keselamatan seperti sistem brek pra-pelanggaran, amaran keluar laluan, amaran kenderaan bergoyang serta amaran pergerakan kenderaan hadapan. 

Model Impreza Limited pula menerima tambahan ciri pengesan titik buta serta amaran lintasan trafik belakang, serta ciri SI-Drive yang membenarkan sistem menguruskan karakteristik pendikit antara mod Intelligent dan Sport. 

 


Sumber kuasa pula masih lagi kekal dengan nadi boxer empat silider 2.0 liter yang menghasilkan 152 kuasa kuda dan 196 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau CVT Lineartronic yang memacu semua roda (AWD).

Harga jualan di Amerika Syarikat pula bermula dari $18,695 (RM78,285) untuk model sedan manakala model hatchback pula sedikit mahal, $19,195 (RM80,379). 

Baca: Subaru Impreza 2020 facelift JDM

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Strategi itu dilihat bagus dari segi komersial dan pada masa sama mengekalkan warisan yang…
Berita Global
Subaru Impreza S5 WRC tahun 1998 ini menampilkan nombor pendaftaran 'P2 WRC' yang asalnya…
Informasi
Impreza dengan kit badan yang digelar Casa Blanca itu didatangkan dengan gaya retro bersama lampu…