Subaru Impreza 2020 facelift - EyeSight sebagai ciri standard

oleh Mohamad Hanif|
Subaru Impreza generasi kelima boleh dikatakan sebagai salah sebuah kereta yang agak seimbang rekaannya, dan kekal moden walaupun ia sudah pun tiga tahun berada di pasaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangunkan menggunakan pelantar Subaru Global Platform, ia juga turut menjadi asas kepada crossover yang terkenal, iaitu Subaru XV. 

Namun, bagi menjadikan Impreza sebuah sedan/hatchback yang malar segar, Subaru Jepun membawakan sedikit perubahan untuk model tahun 2020, yang merangkumi ciri kosmetik dan juga keselamatan.

 


Dari segi luaran, tidak banyak perbezaan dibuat cuma anda boleh melihat pada rekaan gril hadapan yang lebih kecil selain kemaskini bukaan kemasukan udara yang lebih besar pada bahagian bawah bampar hadapan. 

Selain daripada dua bentuk badan iaitu sedan dan hatchback, para pembeli di Jepun juga boleh memilih beberapa rekaan rim bersaiz 16-18 inci untuk disesuaikan dengan kereta mereka. 
 


Namun, apa yang lebih mustahak adalah ciri EyeSight Touring Assist yang kini ditawarkan sebagai satu ciri standard untuk kesemua varian Subaru Impreza. 

Sistem ini mampu mengesan kenderaan dan garisan penanda di jalan raya sekaligus boleh mengelakkan kemalangan yang lebih teruk dengan memberikan input kepada sistem pendikit, brek dan juga stereng. 

Untuk lebih keselamatan ketika mengundur, cermin sisi kini boleh diubah sudut pandangannya ke bawah secara automatik apabila pemandu memilih gear undur. 
 


Pilihan enjin pula ditawarkan dalam bentuk 1.6 liter atau 2.0 liter yang mana kedua-duanya merupakan enjin bentangan boxer yang mampu menyalurkan kuasa kepada roda hadapan atau pacuan semua roda AWD. 

Enjin bersesaran 1.6 liter itu mampu menjana 115 PS dan 148 Nm daya kilas, manakala enjin yang lebih besar boleh menghasilkan 154 PS dan 196 Nm. 
 


Harga jualan (di Jepun) pula masih lagi belum ditetapkan secara rasmi, namun melihatkan kepada peningkatan ciri keselamatan yang ditawarkan, para pembeli perlu bersedia untuk menerima peningkatan harga kelak. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Strategi itu dilihat bagus dari segi komersial dan pada masa sama mengekalkan warisan yang…
Berita Global
Subaru Impreza S5 WRC tahun 1998 ini menampilkan nombor pendaftaran 'P2 WRC' yang asalnya…
Informasi
Impreza dengan kit badan yang digelar Casa Blanca itu didatangkan dengan gaya retro bersama lampu…