Subaru hidupkan kembali livery retro ikonik jentera WRC

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita baik kepada para peminat dan kipas-susah-mati (die-hard-fan) Subaru di mana Subaru dilaporkan akan menghidupkan kembali livery ikonik yang lahir dari zaman kegemilangan mereka di WRC.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Livery gandingan warna biru dan kuning itu akan menjadi rekaan grafik yang tetap untuk kesemua jentera yang bernaung di bawah pasukan Subaru's Motorsport. 
 


Meneruskan tradisi yang dibawakan dari zaman kegemilangan mereka ialah penggunaan rim berwarna emas, logo Subaru Tecnica International, dan decal Subaru Motosports pada windscreen jentera. 

Antara acara terdekat yang bakal menampilkan jentera WRX STI biru kuning ini ialah Americas Rallycross dan ARA stage rally. 
 


Pada asalnya, livery pasukan Subaru menampilkan nombor ikonik 555 yang merupakan sebuah syarikat rokok State Express 555, (ya, syarikat rokok menaja pasukan ini).

Mereka masih meneruskan rekaan tersebut setelah Subaru dan State Express 555 tidak sehaluan, dan rekaan tersebut berevolusi kepada livery komet kuning seperti yang kita lihat sekarang ini. 

Untuk pengetahuan, tajaan daripada syarikat rokok kini tidak dibenarkan lagi untuk acara-acara sukan permotoran. 


Jadi, apa khabar Mitsubishi dan RalliArt? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…