Subaru Forester Wilderness Edition 2022 - Forester dengan keupayaan offroad dipertingkat!

oleh Mohamad Hanif|
Keupayaan Subaru dalam menghasilkan kenderaan off-road ringan sudah tidak perlu dinafikan lagi, namun pengeluar Jepun itu kini tampil dengan sebuah lagi model crossover baharu yang menjanjikan penampilan yang lebih agresif dan tahan lasak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selepas pengenalan model Outback Wilderness 2022 beberapa bulan yang lalu, varian Wilderness kini disertai oleh Forester Wilderness 2022 untuk mereka yang mahu menawan laluan off-road dengan lebih bergaya.
 

Forester


Subaru Forester Wilderness Edition 2022 ini dibangunkan menggunakan asas daripada model Premium, namun dengan penambahan ciri yang unik seperti gril hadapan hexagon yang lebih berani, plastik cladding yang lebih menonjol, pemasangan skid plate.

Selain daripada itu, model Wilderness ini turut mendapat lampu kabus LED berbentuk heksagon, sementara bahagian hud enjin dan pintu tailgate menampilkan kemasan anti-silau.
 

Forester


Tidak cukup dengan itu, aspek pemanduan off-road Forester ini dipertingkatkan dengan suspensi yang ekseklusif yang ditala khas, serta menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 234 mm, lebih tinggi berbanding Forester standard (221 mm), namun sedikit rendah berbanding Outback Wilderness (244 mm).

Keempat-empat sudut dipasangkan rim aloi bersaiz 17 inci dengan kemasan matte black, serta balutan tayar all-terrain Yokohama Geolandar, dan tidak ketinggalan tayar simpanan saiz penuh dibawah ruang kargo.

Rak bumbung pula mampu menampung beban sehingga 100 kg ketika sedang bergerak, atau sehingga 363 kg ketika berada dalam keadaan pegun, di mana menurut Subaru ia direka untuk menempatkan muatan yang lebih besar, seperti contoh khemah bumbung.
 

Forester


Unit enjin pula mengekalkan penggunaan nadi 2.5 liter boxer yang berupaya menghasilkan 182 hp dan 239 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda.

Tambah Subaru lagi, Forester Wilderness ini mempunyai keupayaan untuk menunda beban seberat 1,360 kg, serta bacaan penggunaan bahan api serendah 7.1 liter/100 km.
 

Forester


Sebagai sebuah crossover yang lasak, penggunaan bahan yang tahan lasak turut menguasai ruang kabin, di mana tempat duduk dibaluti bahan kalis air StarTex, dihiasi dengan sulaman grafik serta jahitan khas.

Subaru turut menawarkan naiktaraf kepada sistem infotainmen 8 inci, sistem audio premium Harman Kardon, Subaru Starlink serta pintu tailgate berkuasa elektrik.

Di pasaran Amerika, Subaru Forester Wilderness Edition 2022 dijual bermula dari $33,945 (RM141,143).

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Sebaliknya, Forester STI Sport ini menampilkan rupa paras yang lebih sporti, serta penggunaan…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…