Subaru Forester Sport dapat nadi Levorg - 1.8 turbo, 177 hp/300 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk memastikan penawaran Forester yang lebih menarik, di samping mampu bersaing dengan model SUV turbo yang lain, Subaru nampaknya mula menawarkan nadi turbo kepada model Forester sedia ada.
Modenas

Ini bermakna, enjin 2.0 liter boxer turbo pada model terdahulu itu telah pun digantikan dengan nadi 1.8 liter turbo yang diperoleh secara terus daripada model Levorg, menghasilkan 177 hp dan 300 Nm.

Walaupun kuasa menurun, namun daya kilas didapati bertambah sebanyak 61 Nm.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi CVT, tetapan yang sama digunakan pada model wagon Subaru Levorg, dan malangnya hanya boleh didapati di pasaran Jepun sahaja buat masa ini.

Selain peningkatan nadi kuasa, Forester turbo (digelar sebagai Forester Sport) ini turut dilengkapi dengan penyerap hentak dan spring gegelung yang ditala khas untuk pengendalian yang lebih sporti.

 


Penampilan Forester Sport ini diserikan dengan gril hadapan berwarna hitam, spoiler bumbung, serta set rim aluminium gelap metalik bersaiz 18 inci.

Ruang kabin pula didatangkan dengan tempat duduk balutan kulit dan suede, trim pintu suede, dan pedal sport aluminium.

 


Ciri moden yang dipasang termasuklah kamera yang mampu mengesan muka pemandu, dan menetapkan kedudukan tempat duduk, sudut cermin sisi, tetapan pendingin hawa dan fungsi lain secara terus.

Di Jepun, harga jualan Forester Sport bermula dari 3,289,000 yen (RM130,393).

 

Add new comment