Sebagai makluman, GT Edition merupakan hasil kerjasama rapat bersama syarikat kejuruteraan Giken Co. Ltd dan juga Masahiko 'Jack' Kobayashi selaku bekas ketua unit rekaan Subaru Corporation dan bertanggungjawab terhadap rekaan dalaman 12 model Subaru, termasuklah WRX STI.
Model Subaru Forester GT Edition kini didatangkan dengan empat elemen yang mampu menaikkan seri SUV supaya lebih sporti seperti:
- penambahan lip bumper hadapan
- skirt sisi
- spoiler bumbung
- penambahan lip bumper belakang
Selain daripada itu, model GT Edition ini turut menerima set rim aloi bersaiz 18 inci.
Manakala ruang dalaman pula diserikan dengan upholsteri balutan kulit, sistem infotainmen dengan skrin paparan bersaiz 8 inci, sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta ciri paparan keliling Superview Around Recognition 360 System yang memudahkan urusan parkir dan pengendalian di ruang sempit.
Warna luaran pula ditawarkan dalam tujuh pilihan iaitu Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Jasper Green Metallic, Horizon Blue Pearl, Sepia Bronze Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.