Subaru Forester bakal lancar Julai 2019, tampil dengan teknologi EyeSight Subaru

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kelima Subaru Forester diperkenalkan secara rasmi pada Ogos tahun lalu, dan kini ia bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Subaru di Malaysia telah membuka pendaftaran minat bermula hujung bulan ini bagi mereka yang mahukan sebuah Subaru Forester. 

Ia dijadualkan pelancarannya sekitar Julai 2019 ini dan semenjak pelancarannya di Thailand baru-baru ini, Subaru Forester mencatatkan sambutan yang amat menggalakkan. 
 


Ini merupakan model pertama pemasangan Complete Knock Down (CKD) yang akan dipasang di kilang Tan Chong Subaru Automotive (Thailand). 

Untuk 50 pelanggan pertama di Malaysia yang telah menempah Subaru Forester akan menerima pakej percutian ke Bangkok pada hujung tahun ini, selain diberikan peluang melawat kilang pemasangan Subaru di sana. 

Subaru Forester dibangunkan atas Subaru Global Platform (SGP) yang menjanjikan pemanduan yang lebih selamat dan selesa, dengan enjin Boxer 2.0 liter (156 PS/196 Nm) dipadankan dengan Lineartronic CVT dan pacuan semua roda simetrikal. 

 


Pasaran Malaysia dijangka akan menerima teknologi EyeSight, iaitu sistem bantuan pemanduan yang merangkumi ciri-ciri seperti

  • automatic pre-collision braking - sistem brek automatik pra-pelanggaran
  • pre-collision throttle management - sistem kawalan throttle pra-pelanggaran
  • lead vehicle start alert - peringatan kepada pemandu jika kereta hadapan bergerak di persimpangan lampu isyarat
  • adaptive cruise control - kawalan pemanduan adaptif
  • lane departure warning dan lane sway warning - sistem amaran penukaran laluan
  • auto vehicle hold - mengekalkan kenderaan ketika berhenti tanpa memenatkan pemandu
  • Subaru rear vehicle detection - sistem amaran lintasan belakang kenderaan

Berikut merupakan catatan kami ketika pelancaran Subaru Forester generasi kelima di Taiwan, tahun lalu. 

Baca: Subaru Forester 2019 dilancarkan

Baca: Lima fakta perlu anda tahu - Sesi Pandu Uji Subaru Forester 2019

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Sebaliknya, Forester STI Sport ini menampilkan rupa paras yang lebih sporti, serta penggunaan…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…