Namun begitu, Subaru tetap menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa untuk peminat WRX dengan kehadiran sebuah model baharu menjelang acara Subiefest 7 Oktober ini, iaitu Subaru WRX TR 2024.
Berdasarkan sekeping gambar acah yang dibekalkan, Subaru WRX TR bakal membawakan rupa paras yang lebih agresif berdasarkan rekaan rim yang tertera, diikuti dengan tetapan sistem brek daripada Brembo.
Berkemungkinan besar varian baharu WRX TR ini diperkenalkan untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan antara varian WRX sedia ada dengan WRX STI yang tidak akan direalisasikan.
Di pasaran Amerika Syarikat, Subaru WRX ditawarkan dalam empat pilihan varian iaitu WRX, Premium, Limited dan GT di mana varian tertinggi mendapat tetapan peredam kawalan elektronik berserta pilihan mod pemanduan Comfort, Normal, dan Sport.
Generasi kedua Subaru WRX mula diperkenalkan pada tahun 2021 dengan menggunakan Subaru Global Platform, dan dibekalkan dengan nadi boxer 2.4 liter (kod FA24F) yang mampu menjana kuasa 271 hp dan 350 Nm.
Subaru WRX TR 2024 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober ini oleh Travis Pastrana dan Bucky Lasek di Subiefest Florida.
Baca: Subaru WRX 2022 - generasi baharu dengan nadi 2.4 liter turbo
Baca: Sains di sebalik plastik fender flare yang tidak bercat pada Subaru WRX