Subaru dedah gambar acah WRX 2022 buat kali pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Subaru akhirnya mendedahkan secara rasmi teaser pertama model berprestasi tinggi WRX 2022 yang dijadualkan pelancarannya pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terdahulu, Subaru telah mengesahkan WRX 2022 bakal membawakan elemen yang diperlihatkan menerusi Viziv Performance Concept 2017.

Tidak banyak informasi yang boleh dikorek daripada gambar teaser tersebut, namun secara asasnya Subaru WRX 2022 bakal mendapat enjin 2.4 liter flat-four (kod FA24F) yang berupaya menghasilkan 300 hp atau 400 hp dalam varian WRX STI.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD, dan padanan sistem transmisi manual enam kelajuan berdasarkan laporan-laporan terdahulu.

Tidak diketahui sama ada Subaru bakal menawarkan opsyen elektrifikasi pada model WRX, namun sekiranya tidak ditawarkan, model Subaru ini berkemungkinan besar tidak akan dilancarkan di pasaran Eropah disebabkan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat.

Tiada sebarang tarikh khusus pelancaran didedahkan oleh Subaru buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada informasi dan maklumat tidak tepat yang didapati pada buku manual (siapa baca…
Informasi
Kenapa sedan ini mempunyai elemen crossover? Kenapa fender flare Subaru WRX ini tidak dicat…
Berita Global
Subaru baru-baru ini mengumumkan kehadiran model baharu untuk pasaran Australia, iaitu Subaru WRX…