Subaru daftar nama 'S209' - bayangan STI paling berkuasa bakal muncul?

oleh Mohamad Hanif|
Pada 12 Disember yang lalu, pejabat pendaftaran dagangan di Amerika Syarikat menerima permohonan daripada Subaru untuk membenarkan mereka menggunakan kod nama S209, memberikan bayangan bahawa versi prestasi WRX STI bakal hadir ke pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggunaan lencana 'S' pada kenderaan Subaru ini menunjukkan versi tertinggi yang ditawarkan pada model STI mereka. 

Sebagai contoh, pada tahun 2011, Subaru telah melancarkan S206 dengan naik taraf komponen seperti piston weight-balanced, rod penyambung, crankshaft, turbo jenis ball-bearing dan ECU yang menyumbang kepada 316 kuasa kuda dan 431 Nm daya kilas. 

Selain daripada itu, ia juga turut menerima penyerap hentak daripada Bilstein di samping pengukuhan terhadap casis untuk pengendalian yang lebih jitu. 
 


Sehinggalah pada model S208, divisyen STI mampu mengekstrak kuasa sekitar 325 hp dan 432 Nm daripada enjin boxer 2.0 liter turbo itu. 

Produksi siri S ini sudah diketahui amat terhad - 300 unit untuk S206 dan 450 unit untuk S208 - dan ia juga bakal diaplikasikan kepada model terbaharu S209 ini. 

Tidak lama sebelum ini, Subaru telah melancarkan model WRX STI khas untuk pasaran Afrika Selatan yang digelar sebagai Diamond Edition. 
 


Pada model edisi khas ini, Subaru memfokuskan kepada talaan sistem ECU dan sistem ekzos prestasi yang mampu memberikan lonjakan kuasa kepada 349 kuasa kuda, menjadikan Subaru WRX STI Diamond Edition ini merupakan STI paling berkuasa di atas jalan!

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…
Berita Global
  Kotak gear manual enam kelajuan dijadikan ciri asas pada semua varian kecuali GT yang…
Berita Global
  Seperti yang dikatakan, apabila memegang nama STI pasti ada perkakasan istimewa.  Paling asas…