Subaru Crosstrek (XV) bakal terima varian enjin boxer 2.5 liter!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat Subaru XV (atau nama lainnya Subaru Crosstrek) kerana Subaru bakal membawakan nadi yang lebih berkuasa sebagai pelengkap kepada varian 2.0 liter sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CEO Subaru Amerika Syarikat, Tom Doll memberitahu Automotive News, "salah satu perkara yang diberitahu oleh pelanggan kami, Subaru Crosstrek mengalami kekurangan kuasa daripada enjin 2.0 liter itu. 

"Kami berharap, dengan enjin baharu 2.5 liter itu mampu menyelesaikan masalah tersebut," ujarnya. 

Walaupun tidak memberikan perincian terhadap enjin baharu tersebut, Subaru berkemungkinan besar akan menggunakan sumber enjin boxer sedia ada daripada model Forester, Legacy dan Outback. 

Nadi 2.5 liter itu mampu menjana 182 kuasa kuda dan 239 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT memacu sistem pacuan semua roda S-AWD tipikal Subaru. 
 


Sebagai perbandingan, model 2.0 liter sedia ada didatangkan dengan nadi boxer yang mampu menghasilkan 152 kuasa kuda dan 197 Nm, didatangkan dengan transmisi dan pacuan yang serupa. 

Setakat ini, tidak jelas lagi sama ada perubahan ini bakal diperluaskan kepada pasaran Subaru seluruh dunia ataupun tidak. 

Dengan tahap pemanduan dan pengendalian Subaru XV yang tak padan dengan badan yang kecil itu, tambahan kuasa ini mampu menjadikan elemen tersebut lebih menyeronokkan jiwa pemandunya. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Selepas Outback dan Forester, kini tiba giliran Subaru Crosstrek (sebelum ini dikenali sebagai XV)…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah Subaru Crosstrek Boost Gear Concept yang membawakan pelbagai…