Subaru Crosstrek Sport bakal hadir dengan enjin boxer 2.5 liter, 182 hp/239 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran Amerika Syarikat, Subaru nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan varian Crosstrek (Subaru XV) yang lebih berkuasa iaitu Subaru Crosstrek Sport menjelang 9 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada sebarang informasi lanjut didedahkan buat masa ini, namun Subaru menjanjikan varian baharu Crosstrek ini bakal membawakan pemanduan yang lebih menyeronokkan dan mengujakan.

Apa yang pasti, versi Sport ini telah pun dicanang untuk menerima enjin boxer yang lebih berkuasa, iaitu enjin empat silinder 2.5 liter daripada Forester yang mampu menghasilkan 182 kuasa kuda dan 239 Nm daya kilas yang memacu semua roda menerusi transmisi CVT.

Ini bermakna, varian Sport ini memiliki lonjakan kuasa 30 kuasa kuda dan 40 Nm berbanding Crosstrek 2.0 liter (152 hp/197 Nm) sedia ada.

Lonjakan kuasa ini mungkin boleh menjadi pengubat kepada mereka yang selama ini mengkritik pemanduan Subaru Crosstrek/XV yang tidak berkuasa.

Selain daripada enjin baharu, Subaru juga mungkin akan meningkatkan ciri keselamatan EyeSight untuk dilengkapkan pada Subaru Crosstrek ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Selepas Outback dan Forester, kini tiba giliran Subaru Crosstrek (sebelum ini dikenali sebagai XV)…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah Subaru Crosstrek Boost Gear Concept yang membawakan pelbagai…