Model generasi baharu ini tampil dengan rekaan lebih agresif, teknologi keselamatan terkini dan talaan casis yang dipertingkat bagi memberikan keselesaan serta kestabilan lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan.

Enjin Boxer 2.0L Dengan Sistem AWD Symmetrical
Subaru Crosstrek 2026 menggunakan enjin 2.0 liter Direct Injection BOXER empat silinder yang menghasilkan 156PS dan 196Nm tork. Kuasa disalurkan menerusi transmisi Lineartronic CVT bersama mod manual 8-kelajuan dan paddle shifter.
Seperti tradisi Subaru, model ini hadir standard dengan sistem Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) bersama Active Torque Split AWD bagi memberikan cengkaman lebih stabil di atas jalan basah, laluan tidak rata dan permukaan mencabar.
Crosstrek turut dilengkapi Dual-Function X-MODE dengan mod [SNOW/DIRT] dan [D.SNOW/MUD] yang boleh dipilih terus menerusi skrin infotainmen 11.6 inci.

Ground Clearance 220mm, Sesuai Untuk Jalan Malaysia
Salah satu kekuatan utama Crosstrek ialah jarak kelegaan tanah setinggi 220mm, antara tertinggi dalam segmen crossover kompak premium.
Ini membolehkan ia lebih yakin melalui jalan rosak, banjir cetek, laluan berbatu dan kawasan kampung tanpa terlalu risau bahagian bawah kenderaan bergesel.
Model ini juga menggunakan suspensi depan MacPherson Strut dan belakang Double Wishbone bersama talaan casis baharu Subaru Global Platform (SGP) yang dipertingkat untuk mengurangkan gegaran badan dan meningkatkan keselesaan penumpang.

Kabinnya Kini Lebih Premium Dan Moden
Masuk ke ruang dalaman, Crosstrek kini tampil lebih moden dengan skrin sentuh Full HD 11.6 inci lengkap bersama Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Antara ciri lain termasuk:
-
Tempat duduk balutan kulit
-
Tempat duduk pemandu larasan kuasa 10 arah
-
Paddle shifter
-
Wireless charger
-
Dual-zone air conditioning
-
Sunroof
-
USB Type-A dan Type-C depan serta belakang
-
Paparan meter digital 4.2 inci
-
Sistem audio 6-speaker
Subaru turut menyatakan tempat duduk depan dibangunkan berdasarkan kajian perubatan untuk menyokong pelvis pemandu dan penumpang dengan lebih baik ketika perjalanan jauh atau jalan tidak rata.





EyeSight 4.0 Kini Lebih Canggih
Dari sudut keselamatan, Crosstrek menerima sistem EyeSight 4.0 generasi terkini bersama kamera tambahan wide-angle monocular camera bagi meningkatkan pengesanan pejalan kaki dan basikal.
Antara fungsi keselamatan utama termasuk:
-
Adaptive Cruise Control
-
Pre-Collision Braking
-
Lane Centering Control
-
Lane Departure Prevention
-
Autonomous Emergency Steering
-
Reverse Automatic Braking
-
Driver Monitoring System
-
Multi View Monitor
-
Emergency Driving Stop System
Fungsi Emergency Driving Stop System mampu memberhentikan kenderaan secara automatik sekiranya sistem mengesan pemandu tidak memberikan input stereng dalam tempoh tertentu, sekali gus membantu mengelakkan kemalangan serius.

Pilihan Warna Dan Harga
Subaru Crosstrek 2026 ditawarkan dalam beberapa pilihan warna termasuk:
-
Sand Dune Pearl
-
Citron Yellow Pearl
-
Sapphire Blue Pearl
-
Magnetite Grey Metallic
-
Crystal Black Silica
Untuk pasaran Malaysia, Subaru Crosstrek baharu dilancarkan dengan harga bermula RM190,000.