Subaru Crosstrek 2023 dilancarkan di Jepun, ada varian FWD

oleh Penyumbang Rencana|
Setelah pendedahan rasminya pada pertengahan September yang lalu, Subaru Crosstrek 2023 kini dilancarkan untuk pasaran Jepun dengan membawakan varian baharu pacuan roda depan (FWD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi ketiga ini dikuasakan enjin petrol 2.0 liter NA, menghasilkan 145 HP dan tork 188 Nm, manakala tambahan motor elektrik menghasilkan 13 HP dan 65 Nm.

 

Crosstrek


Crosstrek 2023 mempunyai kelegaan tanah sebanyak 200 mm. Berat yang dimiliki ialah antara 1540 kg hingga 1620 kg, bergantung pada jenis trim, jenis varian FWD atau AWD dan aksesori tambahan.

Subaru menawarkan beberapa aksesori STI untuk Crosstrek baharu ini, antaranya ialah rim, dwi hujung ekzos di tengah, spoiler bumbung, strut bar dan butang start/stop berwarna merah.

 

Interior


Harga bagi Crosstrek 2023 bermula 2,662,000 yen atau RM86,624 untuk varian Touring FWD dan 3,289,000 yen atau RM107,028 untuk varian Limited AWD .

Jika varian FWD ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia, ianya mungkin bakal mendapat sambutan untuk peminat SUV bagi kegunaan di bandar pada harga yang lebih mampu milik. 

Sumber: motor1.com

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Selepas Outback dan Forester, kini tiba giliran Subaru Crosstrek (sebelum ini dikenali sebagai XV)…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah Subaru Crosstrek Boost Gear Concept yang membawakan pelbagai…