Subaru Crosstrek 2021 - enjin boxer 2.5 liter, penampilan diperbaharui

oleh Mohamad Hanif|
Subaru akhirnya rasmi melancarkan penawaran crossover Crosstrek (Subaru XV di sesetengah negara) dengan enjin yang lebih berkuasa iaitu enjin empat silinder bentangan boxer berkapasiti 2.5 liter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin yang sama menduduki perut Forester itu mampu menjana kuasa sehingga 182 hp dan daya kilas 239 Nm, dan ia hanya dikhususkan untuk Crosstrek varian Limited dan varian baharu Sport.

Subaru masih menawarkan Crosstrek dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan, namun ia dikhaskan untuk dua varian terbawah sahaja (dengan enjin boxer 2.0 liter), di mana varian Limited dan Sport tadi hanya mendapat transmisi CVT yang memacu semua roda secara standard.

 


Subaru Crosstrek hadir dengan kelengkapan standard seperti ciri off-road X-Mode, kawalan menurun cerun, serta pemilihan mod pemanduan SI-Drive, serta ciri bantuan pemanduan Subaru EyeSight (brek kecemasan automatik, bantuan pengekalan laluan dan amaran keluar laluan).

Sementara varian Limited menerima ciri yang lebih menyeluruh seperti bantuan suluhan tinggi, brek kecemasan automatik belakang, pengesanan titik buta, bantuan penukaran laluan dan amaran lintasan trafik belakang.

 


Manakala varian Crosstrek Sport pula didatangkan dengan ciri kemasan yang lebih agresif seperti cladding rekaan unik, rim baharu bersaiz 17 inci dengan kemasan kelabu gelap, serta layangan warna gunmetal pada gril hadapan, cermin sisi dan lencana.

Untuk trim Sport ini juga Subaru menawarkan dua tambahan warna baharu, iaitu Plasma Yellow Pearl dan Horizon Blue Pearl.

 


Memasuki ruang dalaman, pembeli varian Sport ini akan disambut dengan kemasan warna kuning pada roda stereng, logo Sport pada karpet serta jahitan kontras kuning pada vinil StarText.

Sementara pembeli varian Limited pula hanya didatangkan dengan kemasan kulit hitam atau kelabu dengan jahitan kontras jingga, termasuklah sistem infotainmen standard bersaiz 6.5 inci yang turut didatangkan dengan sambungan Android Auto dan Apple Carplay.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Selepas Outback dan Forester, kini tiba giliran Subaru Crosstrek (sebelum ini dikenali sebagai XV)…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah Subaru Crosstrek Boost Gear Concept yang membawakan pelbagai…