Tidak seperti Toyota yang tidak mendedahkan angka penawaran rasmi, hanya 200 unit sahaja Subaru BRZ yang akan dihasilkan, dan kesemua unit ini eksklusif untuk pasaran Negara Matahari Terbit sahaja.

Kedua-dua model GR86 dan BRZ hadir dengan beberapa ciri unik seperti rim standard bersaiz 18 inci kemasan warna hitam, perumah cermin sisi hitam, serta pelekat ulang tahun ke-10 pada bahagian tingkap belakang.
Menariknya, Toyota GR86 dilayangkan dengan warna jingga (flame orange) yang mengingatkan kita kepada model generasi pertama GT86, sementara Subaru pula melayangkan warna WR Blue Pearl.

Sementara ruang kabin Subaru BRZ pula didatangkan dengan upholsteri kulit dan ultrasuede yang digandingkan dengan kemasan jahitan dan aksen berwarna biru, sementara komponen lain seperti roda stereng, tombol gear, brek tangan, serta perehat tangan pada panel pintu dibaluti dengan bahan kulit.
Untuk model GR86 pula, ia mendapat kemasan aksen dan jahitan jingga pada bahagian roda stereng, brek tangan, panel pintu dan juga tempat duduk.
Akhir sekali, sulaman '10th Anniversary' yang boleh didapati pada panel pintu Subaru BRZ dan juga Toyota GR86.

Seperti yang anda lihat, sistem infotainmen adalah opsyen untuk BRZ dan Toyota GR86, dan ia bukanlah satu masalah besar jika anda sepanjang masa menikmati alunan merdu daripada nadi boxer 2.4 liter yang mampu menjana 232 hp/250 Nm itu.
Seperti yang disebutkan, hanya 200 unit sahaja BRZ edisi terhad ini akan dihasilkan dengan harga jualan bermula dari ¥3,388,000 (RM110,435) untuk versi manual, hinggalah ¥3,553,000 (RM115,813) untuk versi automatik.
Toyota GR86 edisi ulang tahun yang ke-10 ini dijual sedikit mahal berbanding BRZ, bermula dari ¥3,469,000 (RM113,106) untuk versi manual, dan dari ¥3,632,000 (RM118,420) untuk varian automatik.