Subaru BRZ STI Sport 2024 mendarat di Jepun - suspensi Hitachi, brek Brembo, EyeSight standard!

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pengenalan model GR86 edisi ulang tahun ke-40, kembarnya juga turut dikemaskini untuk pasaran Jepun dengan pengenalan varian baharu STI Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara asasnya, ia membawakan spesifikasi yang hampir sama seperti Subaru BRZ tS 2024 yang dilancarkan di Amerika Syarikat beberapa bulan yang lepas.

Antara kelengkapan standard termasuklah sistem brek Brembo 17 inci dengan rotor berventilasi, roda aloi bersaiz 18 inci kemasan dark metallic dan balutan tayar prestasi tinggi bersaiz 215/40 R18.
 

brz


Sistem gantungan turut dinaiktaraf dengan unit peredam tindak balas frekuensi sensitif (SFRD) Hitachi Astemo diikuti dengan unit peredam belakang yang turut ditala semula oleh Subaru Tecnica International.

Di bahagian luar, Subaru BRZ STI Sport ini mendapat perumah cermin sisi berwarna hitam, serta logo BRZ pada unit lampu utama berwarna merah ceri.
 

brz


Sementara di bahagian ruang kabin, ia mendapat tempat duduk balutan suede/kulit berwarna burgundy/hitam, aksen dark metallic, serta butang pandu mula STI berwarna merah.

Akhir sekali, Subaru BRZ 2024 kini ditawarkan dengan sistem bantuan pemandu EyeSight secara standard untuk semua varian termasuklah BRZ versi tiga pedal.

Subaru menyasarkan angka jualan sebanyak 350 unit sebulan dengan harga jualan bermula dari 3,762,000 yen (RM119,011) untuk versi manual.