Subaru BRZ 2024 MT bakal dilengkapi dengan ciri EyeSight

oleh Mohamad Hanif|
Anda pasti pernah terlihat 'sepasang mata' tambahan yang wujud pada mana-mana kenderaan moden Subaru, dinamakan sebagai sistem EyeSight.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun telah lama wujud, ciri bantuan keselamatan tersebut hanya dihadkan kepada kenderaan bertransmisi automatik dan CVT sahaja.

Berita baik, ciri EyeSight akan mula ditawarkan pada model-model bertransmisi manual, dimulakan dengan Subaru BRZ 2024 yang akan dilancarkan di Jepun pada musim luruh tahun ini.
 

Eyesight


Tujuannya cuma satu - Subaru mahu mencapai kadar kemalangan maut sifar menjelang tahun 2030.

Sama seperti kenderaan Subaru lain, EyeSight untuk model manual akan membawakan ciri yang sama seperti amaran sonar belakang, sistem brek pra-pelanggaran, amaran pergerakan kenderaan depan, amaran keluar lorong serta kawalan jelajah adaptif.
 

brz


Selain itu, Subaru juga mendakwa ciri EyeSight untuk transmisi manual mampu beroperasi sama cekap dengan ciri EyeSight yang telah wujud pada model-model sebelum ini.

Sehingga ke saat ini, lebih daripada 5.5 juta kenderaan Subaru telah dilengkapkan dengan beberapa generasi EyeSight sejak ia dilancarkan pada tahun 2008.