Subaru BRZ 2022 dapat tambahan aksesori original kilang

oleh Mohamad Hanif|
Kehadiran Toyota GR 86 2022 ternyata mencuri tumpuan, namun Subaru sudah pasti tidak mahu perhatian lebih diberikan kepada 'kembar' BRZ itu.

Sebaliknya, Subaru Jepun kini membuka tempahan bagi mereka yang mahukan kereta sports pacuan roda belakang itu dengan beberapa tambahan aksesori original kilang.

 


Antara aksesori yang ditawarkan termasuklah sayap belakang daripada gentian karbon, rim BBS bersaiz 18 inci, kemasan pada fender hadapan, lip spoiler hadapan, skirt belakang, tambahan lampu nyalaan siang LED pada liang udara sisi serta beberapa penambahbaikan dari segi aerodinamik.

Bagi mereka yang lebih low profile, boleh memilih untuk mendapatkan spoiler trunk lid yang lebih kecil.

 


Subaru juga turut menawarkan sistem ekzos berprestasi, namun tidak pula dinyatakan penambahan kuasa kuda jika dibandingkan dengan sistem ekzos standard.

Aspek pengendalian boleh dipertingkatkan dengan penambahan V bar yang fleksibel digunakan untuk menambah tahap ketegaran casis dan menajamkan lagi pengendalian terutama di selekoh.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti Toyota yang tidak mendedahkan angka penawaran rasmi, hanya 200 unit sahaja Subaru BRZ…
Berita Domestik
Menurut info daripada rakan media Paultan, terdapat beberapa pengedar yang sudah pun mula…
Berita Global
Varian yang paling asas ini sebenarnya telah menerima talaan khusus daripada STi untuk digunakan…