Subaru bakal hadir dengan pikap BRAT/Brumby generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pasaran Amerika Syarikat, Australia juga merupakan antara negara yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap trak pikap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada perkembangan tersebut, Subaru Australia tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan model yang bersesuaian yang mampu untuk memenuhi permintaan sebagai alternatif kepada Toyota Hilux, Nissan Navara dan Mitsubishi Triton.

Perkara itu disebut sendiri oleh pengarah Subaru Australia, Blair Read ketika pelancaran model Outback di negara tersebut.
 

Brat


Bercakap kepada Cars Guide, beliau menyedari terdapat permintaan untuk model ute Brumby (atau dikenali sebagai BRAT di pasaran Amerika) generasi baharu di pasaran Australia.

"Ia satu perkara menarik. Kami mendengar maklum balas terhadap model Outback. Pembeli Subaru mahukan Outback turbo. Tick! Ia sudah berada di sini.

"Jadi, kami mendengar, kami melihat, kami membaca setiap komen, kami meneliti forum-forum pengguna, dan kami melihat apa yang pelanggan mahukan.
 

Santa Criz


Di Amerika Syarikat, terdapat peningkatan permintaan terhadap model pikap seperti Hyundai Santa Cruz dan Ford Maverick.

Tidak seperti trak pikap konvensional, kedua-dua model tersebut dibangun menggunakan asas daripada SUV.

Disebabkan Subaru tidak mempunyai model trak pikap ladder frame yang sebenar, pengeluar itu mungkin akan mengikut jejak langkah yang sama untuk membangunkan Brumby generasi baharu berdasarkan pelantar Subaru Global Platform.

Ketiadaan model Santa Cruz dan Maverick di pasaran Australia mungkin akan memberikan kelebihan buat Subaru jika mereka tampil dengan model ute serba baharu.

Sumber: Cars Guide

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada CarExpert, wakil Subaru Australia memberitahu WRX wagon itu bakal…