Suara Samuel L Jackson bakal 'menghuni' kenderaan GM bermula 2020

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan perkembangan teknologi, barisan kenderaan di bawah naungan GM (Buick, Cadillac, Chevrolet dll) akan dilengkapi dengan ciri bantuan peribadi Amazon Alexa AI bermula separuh pertama tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, ciri bantuan peribadi kepintaran buatan itu akan menggunakan suara ikonik daripada pelakon terkenal, Samuel L. Jackson!

Selain daripada itu, GM juga akan turut menawarkan ciri serupa kepada model-model tahun 2018 dan ke atas (termasuklah crossover) dengan ciri yang disebutkan diatas. 

Menurut kajian daripada GM, ramai pelanggan berminat untuk menggunakan khidmat arahan suara yang sama seperti yang digunakan di rumah pada kenderaan mereka. 

 


Suara Samuel L. Jackson merupakan suara selebriti pertama yang diperkenalkan pada Amazon Alexa untuk fungsi-fungsi seperti memainkan muzik, pencarian lagu, sistem navigasi turn-by-turn dan juta menghubungi rakan dan taulan. 

Untuk anda, terdapat dua versi suara Samuel L. Jackson yang akan ditawarkan - versi sopan dan juga versi kasar dengan harga bermula dari $0.99 (RM4.15).