Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,siatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak Proton Juara tersebut dipandu lelaki berusia 52 tahun bersama tiga penumpang.
Ujar beliau,kesemua mereka adalah ahli keluarga dan dalam perjalanan dari arah Tasek menuju ke Pekan Ipoh.
"Semasa melalui tempat kejadian dipercayai pemandu terbabit telah hilang kawalan lalu terlanggar tembok kiri jalan.
“Akibat perlanggaran itu, ibu dan bapa mertua pemandu yang juga penumpang kereta tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.
Abang Zainal Abidin berkata, pemandu bersama seorang lagi penumpang kereta pula mengalami kecederaan parah.
"Mangsa yang maut telah dihantar ke ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," katanya.
Saksi yang melihat kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-372 8477 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.