SUAMI ISTERI DAN WARGA EMAS DITAHAN SOROK 28 BUNGKUS DAUN KETUM DALAM TRAK PIKAP

oleh Hamimah Hamid|
SEPASANG suami isteri dan seorang lelaki ditahan ketika cuba menyembunyikan 28 bungkusan plastik hitam mengandungi 209.8 kilogram daum ketum di dalam bonet sebuah trak pikap di Kampung Sungai Kerang, Teluk Intan, Perak

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 tahun dan seorang lagi lelaki warga emas berusia 61 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.45 petang petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri terbabit yang berasal dari Kuantan, Pahang membeli bekalan daun ketum dengan harga RM3,147 daripada suspek yang dikenali dengan nama panggilan Pak Awang di kampung terbabit.

“Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah pergi ke sebuah rumah terbabit dan nampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang cuba untuk menutup bonet sebuah kenderaan jenis Isuzu. Seorang wanita pula sedang duduk di bahagian penumpang hadapan kenderaan tersebut. 

Bonet penuh dgn ketum

“Ketika pemeriksaan lanjut ke atas bonet kenderaan tersebut yang terbuka di hadapan ketiga-tiga suspek, polis telah menjumpai 28 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun-daun hijau disyaki ketum,” katanya.

Ujar Superintendan Barudin, saringan air kencing ke atas kesemua suspek adalah negatif namun semakan mendapati suspek pertama yang bekerja sendiri mempunyai rekod lampau berkaitan ketum.

Katanya, kesemua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.