Suami isteri cedera langgar lubang

oleh SALINA JALIL|
Gara-gara lubang jalan sepasang suami isteri nyaris maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar lubang di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tras di Bentong semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi semalam menyebabkan penunggang mostosikal Shahrizal Suhaimi,38, mengalami keretakan kaki kiri manakala isterinya, Norashikin Hamzah,34, menerima empat jahitan di bahagian siku kiri.

 

Shahrizal berkata, semasa kejadian dia bersama isterinya yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan untuk bekerja dari Kampung Chamang di sini ke sebuah kilang di Janda Baik dekat Bentong.

 

“Apabila sampai ditempat kejadian saya memang tidak nampak lubang berkenaan yang dan melanggar sebelum tercampak dan terseret ke tengah jalan, nasib baik tidak dilanggar kenderaan.

 

“Kaki saya mengalami keretakan walaupun memakai kasut but keselamatan, tidak tahulah macam mana kalau saya pakai kasut biasa,”katanya lagi.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pihak kami dan JSPT Bukit Aman sudah maklumkan kepada pihak Anih bahawa kerja-kerja…
Berita Domestik
  "Pada 4 April (semalam) tular gambar dan rakaman video di laman sesawang Facebook 'Kami Penduduk…
Berita Domestik
  "Saya bangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan telah dilaksanakan…