Struktur kerangka LRT3 Meru tumbang

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kerangka besi bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tumbang semasa kerja pembinaan dijalankan berhampiran Kompleks Pasar Meru di sini, awal pagi tadi.
Modenas

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi itu tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengurus Operasi projek berkenaan, Subba Rao yang ditemui berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan orang ramai katanya tidak perlu bimbang kerana langkah-langkah keselamatan telah diambil.

Kerja-kerja pembersihan struktur yang runtuh dijangka akan mengambil masa lima hari dengan aliran trafik dijangka pulih seperti biasa selewat-lewatnya malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Polis segera ke lokasi sebaik menerima laporan dan mengawal keadaan trafik di lokasi terbabit.," katanya.
Sejurus kejadian, jalan di lokasi terbabit ditutup di kedua-dua arah dan lencongan turut dibuat. Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan.

Anggota polis turut diarahkan mengawal keadaan trafik di lokasi kejadian.

Sumber: Astro Awani

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata mendapan itu dikesan berlaku kira-…