Struktur Jambatan Bagan Datuk-Sejagop ‘merekah’

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang baharu dibuka kepada umum minggu lalu didakwa mengalami kerosakan menerusi satu video tular di Facebook pada Rabu.


Perakam video tersebut didapati berkata, rekahan di struktur jambatan berkenaan menyebabkan Sungai Perak yang berada di bawahnya dapat dilihat oleh mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kome yang pergi Manjung hari-hari, habis ‘crack’ (retak),” katanya dalam rakaman tersebut.

Jambatan yang dibuka kepada umum kepada umum pada 31 Mei lalu dikunjungi Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehari selepas ia boleh diakses orang ramai.

Ia menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu lalu apabila ia digunakan oleh ribuan kenderaan yangn menuju ke pekan Bagan Datuk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, sumber kontraktor berkata, rekahan yang didakwa perakam berkenaan merupakan bukaan bagi membolehkan konkrit di struktur jambatan tersebut mengembang dan menguncup.

Katanya, apa yang ditunjukkan oleh perakam video tersebut bukanlah rekahan kerana sifatnya tidak selari dengan ciri-ciri rekah.

“Ada getah yang belum siap dipasang di kawasan bukaan itu. Jambatan Bagan Datuk-Sejagop telah dibina berpandukan piawaian ISO,” katanya.

Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi menunjukkan pekerja kontraktor sedang melakukan kerja-kerja berkaitan di struktur jambatan berkenaan.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  "JKR ingin melaporkan bahawa projek tersebut masih mempunyai baki kerja yang belum siap…